Friday, July 11, 2008

Saudara Baru??Relevan or Not

Ok for this entry i'm gonna write in My Culture Language...
Aku betul2 amat terasa apabila aku baca satu artikel dalam utusan hari isnin 7 julai 2008, (pada sesiapa yg tidak membaca utusan pada hari itu boleh la rujuk pada UTUSAN ONLINE di SINI )
hmm agak lama jugaklah aku nak publish entry ni, bukan apa..internet kat area rumah aku memang sucks gila hhaha..
ok berbalik kepada tujuan blog ini dibuka adalah kerana aku amat2 kurang senang atau dalam erti kata lain tak bersetuju dengan penggunaan perkataan/gelaran yg diberikan kepada mereka yg baru memeluk agama Islam...iaitu SAUDARA BARU...bagi aku pemberian gelaran nih seolah-olah dalam ajaran islam ada satu sistem kasta ataupun satu system yg based on seniority...
bagi aku bila pandangan nih ada maka ia akan mengakibatkan pandangan orang ramai terhadap mereka yg baru memeluk islam sebagai golongan bawahan dan dengan itu mereka tak akan mendapat layanan sebagaimana mereka yg "telah senior"dalam islam..benarkah pandangan sebegini???..sebenarnya bagi aku...based on my observation and my experiences mereka yg baru memeluk agama Islam sebenarnya lebih bagus and knwoledgable compares to mereka muslim sejak lahir (aku tak mengatakan semuanya bahkan aku mengatakan kebanyakkan)..sebab apa aku kata macam tuh??..senang saja..berapa ramai kita yg dilahirkan muslim benar2 paham tujuan kita dilahirkan sebagai Islam??..aku tak mau tunding jari kepada sapa2 this is based on my own experience sebab apa..aku penah satu tahap aku tanya sebab apa aku dilahirkan sebagai Islam, siapa yg tentukan diri aku nih agama Islam??..adakah kerana aku lahir di dalam keluarga yg mengamalkan ajaran Islam maka aku pun menjadi Islam..sebab seingat aku sampai aku tingkatan enam (mashaAllah sampai umur aku 18 thn) aku sebenarnya bersolat dan berpuasa bukan sahaja kerana Allah S.W.T tetapi jugak sebab masyarakat dan jugak keluarga) dalam erti kata lain aku berpuasa dan bersolat kerana tradisi keluarga dan masyarakat!! Astagfirullahal azeem selama 18 tahun aku berpuasa dan bersolat bukan kerana ALLAH sepenuhnya...
sebab tuh la..apabila aku memasuki kolej dan bergaul ngan rakan2 bukan Islam..mereka ini yg membetuk sahsiah diri aku untuk menjadi seoarang Muslim yg menjadi Muslim kerana aku jelas dan paham tujuan aku menjadi muslim..ada suatu masa dlam perjalanan mencari jati diri muslim aku tak berpuasa dan jugak bersolat kerana aku nak memastikan benarkah apa yg aku buat ini...benarkah Islam yg aku anuti nih adalah pilihan tepat aku..akhirnya secara tuba2 hikmah ALLAH datang iaitu melaui ayat2 Al-Quran (walaupun aku tak paham maksudnya) tetapi aku terfikir Quran nih merupakan MUkjizat Nabi Muhammad S.A.W yg terbesar mengapa aku tak lihat saja bagaimana sejarah Al-Quran nih..dan kemuadiannya aku kaji riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dan yg pasti aku diberitahu bahawa MUhammad adalah seorang yg buta huruf so apabila dia membawa ajaran Islam yg bersandarkan kitab suci Al-Quran..amat mustahil jika seorang yg buta huruf boleh menulis ayat2 al-quran yg setebal nih utk dijilidkan menjadi sebuah buku..selain itu..jika difikir logik akal Muhammad buta huruf dan tinggal dipadang pasir jadi bagaimana dalam quran boleh disebut kisah Nabi Nuh, Nabi Ibrahim, Idris, Isa, Musa dan yg lebih menkagumkan ialah dalam al-quran ada diceritakan proses kejadian alam dan jugak dalil2 sains..so bayangkanlah takkan RASULULLAH yg buta huruf tuh dapat menulis kalam yg sebegitu indah dan begitu terperinci..semestinya ia adalah ayat2 suci dr Allah..yg disampaikan kepada Muhammad..
so bebalik kepada persoalan gelaran saudara baru...aku secara terus terang tak bersetuju diatas penggunaan gelaran tersebut atas beberapa sebab iaitu
  1. seoalah-olah dalam Islam ada pengkelasan mengikut berapa lama tempoh keislaman seseorang itu (dalam erti kata lain seolah-olah ada konsep seniority dalam Islam)
  2. aku nak mereka yg baru memeluk islam nih berasa senang untuk bergaul hmm at least tak canggung untuk bergaul dengan mereka yg "senior"..dan apabila kecanggunan ini tidak wujud maka senanglah untuk mereka berkata atau bertanya tentang sebarang persoalan yg terbuku dalam otak..so communication takdak problem la...
  3. depa nih sebenarnya yg patut dihormati sebab menjadi seorang muslim kerana mencari hidayah Allah dan Alhamdullialah Allah kurniakan kepada mereka
so atas sebab itu aku berdasarkan pendapat aku yg naif nih amat2 tidak suka menggunakkan gelaran tersebut kepada mereka yg baru menerima hidayah Allah..
So bagaimana komentar kalian??

No comments: